Galery mt

Galery mt

Thursday, November 23, 2017

Bingka Labu





Sebelum ni sudah ada n3 bingka labu...tapi hari ni mt buat 1/2 adunan saja..dengan mengunakan loyang 7 in x 7in

Bahan...utk setengah adunan...


(A) 150gm tepong gandum di ayak
       200 gm gula halus (mt  una 150gm je)
       60gm majerin
       3/4 st garam

(B) 2 biji telor
       200ml santan pekat
       600 gm labu yg telah buang kulit dan kukus dan lenyek halus
       sedikit bijan

       sedkit majerin utk di sapu pada dasar dan keliling loyang

Cara

Satukan semua bahan A .Gaul rata hingga jadi seperti serbok roti.Ketepikan 

Satukan bahan B kacau rata guna whisker sahaja

Tuang bahan B kedlam bahan A..Kacau rata

Masak atas api hingga agak pekat dan tuang kedalam loyang.Taburkan bijan

Bakar dlm oven guna apai atas bawah hingga garing

Saturday, November 4, 2017

Puding Roti



Cuba resipi dari Azlina Ina.....boleh tahan sedap......dan anak2 kata sgt sedap!...

Bahannya...

10 - 11 keping roti
1/2 caw susu pekat
1 tin susu cair
2 biji telor gred A
sedikit esen vanilla
kismis
kekacang (mt guna gajus)
2 sb butter

Cara ...
Lenser loyang dgn butter
Siat2kan roti asingkan kulit..(kulit roti jgn di buang...boleh guna buat bingka roti) susun dalam loyang..taburkan sebahagian kismis dan sebahagian gajus
Satukan susu,susu cair,telor,esen kacau rata dgn whisker saja dan masukkan butter..kacau rata lagi
Tuang sebahagian adunan susu keatas lapisan roti tadi
Susun baki roti dan tabur baki gajus dan kismis.Tuang baki adunan susu
Kukus selama 30 minit

Lapisan atas :

2 caw air masak
2 1/2 caw santan MS
1/2 caw tepung kastard + 1/4 caw air
1 1/2 caw gula (boleh kurangkan sikit sbb terasa sgt manis)
esen vanilla
10gm serbok agar2
sedikit garam
pewarna (optional)

Caranya...

Masak air dan agar2 hingga larut..dgn api perlahan dan masukkan gula masak gula hingga larut 
Masukkan santan..esen dan garam.Masak hingga mendidih
Akhir sekali masukkan bancuhan tepong kastard dan sedikit pewarna kuning
Masak hingga pekat dan tuang atas lapisan roti
Sejukkan dan baru masukkan kedalam peti sejuk

Nota ; Sedap di makan sejuk