Galery mt

Galery mt

Saturday, June 17, 2017

Sagu Gula Melaka


Hujung minggu anak2 berkumpul berbuka puasa di rumah..Hari ni mereka minta mt buat puding sagu...dlm gambar diatas..mt guna susu cair sebab  kelapa x sempat nak beli...boleh juga guna fresh milk dan sudah tentu sedap guna santan ori perah guna tangan,,,
Bahan A...

500 gm sagu kecil
Air secukupnya
Pewarna

Dicuci dan rendam 10 minit.Cuci semula utk buang lebihan kanji dan toskan.Masukkan kedalam periok tuang air melepasi paras sagu.Masukkan pewarna dan masak dgn perlahan dgn api sedrhana.jika sagu masih kelihatan putih tambah air..masak hingga sagu jernih.
Toskan kedalam penapis dan lalukan air paip utk hilangkkan lebihan kanji.Toskan dan tuang dlm bekas sejukkan dlm peti sejuk
Cara lalukan air paip diatasnya untuk dapatkan rasa sagu biji sebiji2 tidak berketul2. 

Bahan B..

Santan dan sedikit garam di sejukkan

Bahan C :

Gula melaka
Sdikit gula pasir
Daun pandan

Di masak bersama hingga agak pekat dan tapis
Simpan sejuk

No comments:

Post a Comment