Galery mt

Galery mt

Tuesday, October 13, 2015

Getuk Ubi

Mt tak sempat nak sukat..sibuk dgn cucu yg baru berumur 3 bulan lebih..sampai terlupa...tapi kuih ni kalau main masuk je adunan pasti jadi...cuma nasiblah kalau terkeras..terlembik..termanis...practise make perfect..so kena cubalah berkali2 untuk dapatkan resepi yg sedap...lain kali mt akan cuba sukat...

Bahan ;
Ubikayu
Kelapa parut putih
garam 
gula

Ubi di potong2 macam nak buat ubi rebus....buang kulit dan direbus bersama air dan sedikit garam hingga empok
Apabila sudah masak..masukkan kelapa dan gula...ketuk dgn apa2 asalah hingga dia lumat
Bulatkan atau leperkan mcm gambar kat ats tu pun boleh
Celup dgn adunan tepung gandum dicampur sdikit tepung beras,sedikit kunyit dan garam
Goreng hingga garing.

Monday, October 12, 2015

Apam Gula Hangus

Bahan :

1 caw gula pasir
1caw air

Masak gula hingga perang..Masukkan air (hati2..akan meletup2)..Masak hingga mendidih dan sejukkan

1 1/2 caw tepung gandum
1st baking soda

diayak bersama dan ketepikan dahulu..

2 biji telor
1/2 caw minyak jagung
2sb susu pekat manis
2sb majerin

Masukkan semua bahan didalam bekas dan kisar lebih kurang 5 minit
Masukkan air gula perang dan kisar lagi selama 5 minit
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit.Kisar rata sekejap
Masukka adunan dalam acuan dan kukus dgn api kuat selama 15 minit.