Galery mt

Galery mt

Sunday, November 9, 2014

Talam Sago Banjar



Lapisan di tengah macam Talam tokyo....atau macam talam Sri Sarawak...tapi rasa tetap berlainan dgn rupa yg sangat molek...hihi
Sumber : Chef Asma

Lapisan Bawah :

45gm tepung ubi
45gm tepung hoen kwe
75gm tepung beras
75gm gula pasir
220ml santan pekat
1/4tsp garam
150gm gula merah di campur dgn 380ml air - masak atas api hingga gula larut,sejukkan

Cara:
1.Satukan semua bahan diatas dan tapis kedalam periok.
2.Masak hinga naik wap dantuang kedalam loyang.Kukus selama 25minit

Lapisan Tengah :

200gm sago kecil di cuci dan direndam dgn air separas sagi selama 30minit.
50gm kelapa parut putih\1tsp garam
60ml santan pekat
200ml air

Cara :

1.Satukan bahan lapisan tengah.Gaul rata/
2.Cakar permukaan lapisan bawah dan tuang adunan lapisan tengah.
3.Kukus selama 20minit

Lapisan Atas :

190gm gula kastor
75gm tepung kastard
300ml santan pekat
300ml air daun pandan
3biji telor
1/2tsp garam
pewarna hijau

Cara;
1.Satukan semua bahan dan gaul rata.
2.Tapis kedalam periok dan masak hingga naik wap
3.Tuang atas lapisan tengah.
4.Kukus selama 30 minit

No comments:

Post a Comment