Galery mt

Galery mt

Sunday, November 30, 2014

Daging Masak Hitam

Dah banyak kali buat....baru ni ada masa snap dan upload gambar....kat blog yatiememoris pun ada..ni versi mt....

1 kilo daging

Bahan Tumis :
4 batang serai di ketuk
2 tangkai daun kari di lurut
Kayu manis
Cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga

Bahan kisar :

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1in halia

2sb cili kisar - nak pedas boleh tambah

4sb kicap pekat
1st serbuk jintan putih
1st serbuk jintan manis
1st serbuk ketumbar
stok daging maggi
cili merah dan hijau
sedikit air asam jawa

Cara :
1.Panaskan minyak,tumis bahan tumis hingga wangi.
2.Masukkan bahan kisar..masak hingga terbit minyak dan masukkan cili kisar masak lagi hingga terbit minyak.
3.Masukkan daging...kacau rata dan masukkan air asam jawa masak hingga daging empuk..kalau belum empok masuukan air lagi
4.Masukkan kicap pekat,stok daging serbuk ketumbar serta serbuk jintan manis dan jintan putih.
5.Rasakan garam gula....mt tak masuk garam cuma tambah sikit gula.
6.Masukkan cili merah dan hijau..masak hingga agak kering.

Saturday, November 29, 2014

Pulut Kuning utk Q

Masak 1 kilo beras pulut dan masukkan dlm acuan love utk kakak....

Puding Sumi dan friut Cocktail


Kesukaan at dan anak2....yang ni along yang buat...senang sikit bila anak2 dah pandai buat...cuma lain masa along kena potong sumi tu kecil2 sedikit..baru rasa lebih sedap...
Bahan :
1 tin susu cair (mt guna brand ideal milk)
1 tin air
1/2 caw gula
3sb tepung kastrad (mt guna bird custard)

sebungkus puding sumi - di potong2
satu tin fruit coctail - buang sirap ambil buah saja
1 tin laichi

Pastikan cara produk halal ye....jangan main hentam aje...

Cara :

1.Masukkan susu cair,air dan gula kedalam periok.Masak hingga mendidih
2.Bancuh tepung caustard dgn sedikit air dan masukkan ke dalam adunan susu.Masak sebentar
3.Tapis kedalam bekas dan sejukkan dlm peti sejuk
4.Bila nak hidang masukkan sedikit ketulan ais.puding sumi dan fruit coctail.

Mee Goreng Sedap

Kalau tak kena gaya mt tak suka makan mee goreng...tapi resipi mee ni  sangat sedap...semalam buat utk jamuan birthday kakak..semua kata sangat sedap....masalahnya bila buat selalu lupa nak sukat...yg ni along yg masak dia pun lupa nak sukat...
Bahan :
Mee kuning
Bawang merah
Bawang putih
Cili kisar
Udang/ayam atau daging (kalau daging elok di rebus dulu..simpan air rebusan daging)
Bebola ikan
tomato sos
sos tiram
kicap
sawi
minyak untuk menggoreng

Cara :
1.Panaskan minyak tumis bawang2 yg telah di kisar hingga garing
2/Masukkan cili..masak hingga terbit minyak.
3.Masukkan daging,air rebusan daging,fish ball tomato sos.kicap dan sos tiram
4.Bila dah mendidih kuah..rasa dan masukkan mee diikuti sayur sawi.Gaul rata dan masak seketika.

Friday, November 28, 2014

Puding Kek Lapis Cendol & Cincau

Banyak resipi puding ni dalam blog blog masakan tapi yg ni mt belajar sendiri dgn pakar masak Cik gu Hjh Rahmah Ali di Taman Maluri KL...Beliau juga mengadakan kelas masakan di Klebang Melaka.Sesiapa yg datang dari jauh ada di sediakan homestay.....

Bahan utk lapisan Kek :

4biji telor gred A
100gm gula
10gm ovallette
90gm tpg superfine
10gm tpg jagung
10gm tepung susus
1tsp esen pandan
40gm air
50gm majerin cair atau minyak jagung
1 tsp pewarna hijau apple

Cara :

Telor,gula dan ovellete di pukul hingga kembang
Masukkan tepung2 dan susu tepung sedikit sedikit dan pukul lagi
Masukkan minyak kagung dan pukul lagi
Masukkan esen pandan dan pewarna kacau rata dan tuang ke dalam loyang yg tleah berlapik kertas  minyak.
Bakar hingga masak

Lapisan Gula Merah :

A)
500gm santan
300gm air
150gm gula merah
10gm agar2 serbuk
2 helai daun pandan

B)
150gm santan
50gm air
1 1/2tsp tepung hoen kwee
1 biji kuning telur

C)
500gm santan
300gm air
150gm gula
10gm agar2 serbuk
2helai daun pandan

D)
150gm santan
50gm air
1 1/2tbsp tepung hoen kwee

E)
100gm cincau di potong kuib atau panjang
200gm cendol
pewarna kuning dan hijau

Cara:

1.Masak A hingga mendidih.Satukan B dan masukkan kedalam A masak lagi hingga mendidih.
2.Tuang atas lapisan kek biar beku sebentar.
3.Masak C hingga mendidih.Satukan D dan masukkan kedalam C masak lagi hingga mendidih.
4.Bahagi dua adunan C dan D tadi.
5.Satu bahagian di warnakan kuning dan tuang atas lapisan A dan B tadi dan tabur cendol.
6.Satu bahagian lagi di warnakan hijau tuang atas lapisan cendol dan tabur cincau.Sejukkan dlm peti sejuk.

Thursday, November 27, 2014

Asam Pedas Ikan Parang

Masak Asam Pedas tapi separuh lagi mesti nak goreng...yg ikan dalam kuah tu biasanya yg suka makan at dan menantu no2...mt dgn anak2 yg lain suka makan ikan goreng..lebih2 lagi ikan parang...mt cuma ambil kuah dan sayur je....macam mana mak macam tulah anak2..hihi yg cucu pula belum nampak suka yg mana....
Bahan :

2 keping ikan parang
4sb cili kisar
5biji bawang merah
3biji bawang putih
1in halia
1in kunyit hidup
1sb belacan
2sb asam jawa
garam secukup rasa

terung dan bende

Cara:
1.Blend bawang,halia,kunyit dan belacan.Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga garing dan masukkukan cili kering..masak hingga terbit minyak
2.Masukkan ikan,..dan air asam jawa..biar mendidih
3.Rasakan garam dan sedikit bahan perasa..dan masukkan terung..biar seketika dan baru masukkan bende.

Wednesday, November 26, 2014

Kaswi

Kaswi ni nak buat senang..dan ada bermacam resipi....yg buat kuih tu rasa tak jadi sebab tak sabar nak makan..panas2 potong....cuba tunggu betul2 sejuk.....cantik aje kalau potong...potong dgn pisau plastik yg di sapu sikit minyak....malam ni makan kaswi sambil menonton filem hindustan "Bobby"....lagu2 dlm filem ni membawa kita mengimbau tahun 70an..........ush...jom tengok resipi..

Bahan :

1 caw gula pasir
1 caw gula merah
5 caw air
1 1/2 caw tepung gandum
1/2 caw tepung ubi
1/2 caw tepung beras
3sb air kapor
daun pandan

Kelapa parut putih
Garam

Cara :
1.Masak gula pasir,gula merah dan daun pandan bersama 2 cawan air (ambil dari 5 caw air)
Gula dah larut sejukkan.
2.Satukan semua tepung,masukkan air gula dan baki air kedalam adunan tepung,masukkan juga air kapur.Kacau rata.
3.Tapis kedalam periok dan masak atas api hingga pekat.
4.Tuang kedalam loyang yg telah di sapu sedikit minyak.Kukus selama 45minit
5.Tunggu beul2 sejuk baru di potong dan gaul dgn kelpa parut puti yg telah dikukus dan di gaul dgn sedikit garam.

Gulai Ikan Tongkol

Kononnya hari ni nak makan gulai ikan tongkol dgn nasi dagang...tengok2 dlm dapor...ada sedikit aje beras pulut.....ushhhh malas sungguh nak start enjin kereta...so makan dgn nasi aje....ada orang tak makan sebab rasa hanyir...tp klu cuci betul2 dan tahu caraya tak rasa hanyir langsung....apa pun gulai ni mmg sesuai dgn nasi dagang....

2 keping ikan tongkol - cuci bersih
5 keping asam gelugor
2 inci halia]
3 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih kecil
sedikit garam'sedikit gula
dan air utk merebus

cara :
Bawang,halia ditumbuk kasar dan satukan dgn air dan masak selama 1/2jam.
Ambil ikan saja yg lain2 buangkan.

Bahan :

Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 in halia
1 peket rempah kari di buat pes
1sb cili kisar
1caw santan cair dibancuh dgn 1sb asam jawa
1sb gula merah/kabung/melaka
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara :
1.Kisar bawang2 dan halia.Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi.
2.Masukkan cili kisar...kacau sebentar dan masukkan pes kari masak hingga terbit minyak
3.Masukkan santan cair yg telah di campur dgn air asam dan masukkan ikan.Biar mendidih
4.Masukkan santan pekat dan asam gelugor
5.Bila mendidih masukkan gula,,,masukkan garam sesuaikan rasa.Bila masam manis masin sdh cukup..keluarkan asam gelugor
6.Renih selama 15 minit dan masukkan cili padi jika suka....

Tuesday, November 25, 2014

Acar Ikan Tenggiri

Asyik2 kari..tukar pula acar ikan.....sedap tau...

Beberapa keping ikan tenggiri - cuci bersih lumurkan dgn serbuk kunyit dan garam dan goreng

1 labu bawang besar di hiris
3 biji bawang putih (kalau dapat yg kecil2 kalau tak ada yg agak besar belah dua)
1 hin halia di hiris
4sb cili kisar
1st biji sawi
2sb cuka
lada merah dan hijau di belah dua
Timun dibuang empulor di potong panjang
Carrot di potong pnjang
Minyak utk menumis
garam dan gula secukup rasa

utk ranggupkan timun  - rendam dgn air garam dan toskan

Cara :
1.Tumis halia,bawang putih dan bawang besar hingga wangi diikuti biji sawi.
2.Masukkan cilikisar dan masak hingga terbit minyak
3.Masukkan cuka dan sedikit gula masak hingga agak pekat
4.Masukkan carrot dan timun.
5.Akhir sekali masukkan ikan dan cili merah..rasa garam dan gula.

Cucur Badak Mini

Cucur Badak ni mt buat bebeapa hari dulu...kali ni mt buat bersaiz mini aje....dgn inti yg agak berlaianan sikit...tapi rasa masih sedap....kena cubelah baru tahu...tapi klu tak sedap jgn marah..lain orang lain selera....hihi

Bahan :
600gm ubi keledek rebus dan lenyek
200gm tepung gandum
1tbsp gula
1/2st garam

Cara :
Rebus ubi keledek sampai empuk dan masukkan gula dan garam..lenyek kan .
Masukkan tepung dan gaul rata
Untuk yg bersaiz mini ..timbang doh seberat 15gm dan isi inti dan goreng
Untuk yg bersaiz biasa..timbang doh seberat 27gm

Inti :
200gm udang hidup (udang kertas - mt cincang sikit)
1biji kelapa parut putih
3biji cili merah (nak pedas bolehtambah)
1-2 sb gula
1pokok daun sop dan daun bawang di hiris
sedikit serbuk kunyit

1sb tepung gandum

Cara :
Campur semua bahan kecuali tepung gandum...dan masak atas api(sangai) hingga kering dan wangi.
Rasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkkantepung gandum.

Monday, November 17, 2014

Kari Ikan Tenggiri

Kali ni mt masak kari ambil resipi  dari Shiela Spices....ada sedikit kelaianan resipinya...iaitu menggunakan sedikit beras goreng yg di tumbuk atau blend halus...masa berbuka mt tanya ok tak kari malam ni...semua kata ok dan bertambah nasi....sedaplah tu..walau bagaimana pun mt kena buat lagi utuk mendapat hasil yg lbh umppph...mt tulis semula resipinya....
Bahan :

1kg ikan apa2 jenis ikan...mt guna ikan tenggiri
50gm rempah kari ikan Babas
3sb cili kisar
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1in halia di mayang halus
3btg cili hijau
100ml santan
1sb beras sangai ditumbuk halus
1sb halba campur (campuran biji sawi,halba dan jintan putih/halus)
sedikit daun kari
segenggam asam jawa
minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara :

1.Panaskan minyak,tumis halia dan bawang yg dah di hiris dan masukkan daun kari.Tumis hingga bawang kelihatan keperangan.
2.Masukkan pes rempah kari yg telah di campur dgn cili kisar masak hingga garing dan berbau wangi.Pastikan api sederhana saja.
3.Kemudian masukkan air asam jawa ,santan dan air secukupnya.
4.Bila sudah mendidih,masukkan ikan dan rasa garam
5.Bila ikan dah masak taburkan beras sangai dan kacau rata.
6.Kecilkan api dan masukkan tomato dan bende.Rasa garam secukupnya..biar reneh hingga terbit minyak...

Sunday, November 16, 2014

Apam Beras

Dah seminggu kakak merengek minta buatkan apam...dan segala jenis apam adalah kesukaan kakak..cucu mt yg sulung ni...tapi mesti warnakan purple...yg purple dah habis dimakannya ..kesukaan at dan mt jugak....memang tak akan jemu..mt kongsi lagi resipnya kat sini...

Bahan :
2 caw nasi
1caw brown sugar (gula putih pun boleh guna 3/4caw)
2 1/2caw air
2 caw tepung gandum
2 caw tepung beras
 2 styeast mauripan

Cara :
1.Blend nasi,masukkan sedikit air,masukkan brown sugar,blend lagi hingga halus
2.Dalam bekas lain campurkan tepung beras,tepung gandum dan yeast.
3.Tuang adunan nasi kedalam adunan tepung.Kacau rata dan tutup.Perap selama 3 jam
4.Didihkan air,sapu acuan dgn minyak. dan tuang adunan kedalam acuan dan kukus selama 15 minit dgn api kuat.
5.Kukus kelapa parut putih dan campurkan dgn sedikit garam utk di makan bersama apam.



Sambal Taucu Ikan Bilis

Ni pun masakan kampung,masakan dulu2....bila jemu tak tahu nak masak apa buat sambal ni...biar pedas2 sikit.....
Bahan :
Semangkok kecil ikan bilis yg dah di belah dua basuh dan toskan.
1 labu bawang besar di hiris
4ulas bawang putih di hiris
1in halia di mayang
3 sb taucu
3batang cili hijau/cili merah atau campurkan dgn cili padi. di potong2.
sedikit air asam
gula.

Cara :
1.Goreng ikan bilis hingga garing dan angkat.
2.Tumiskan bawang dan halia hingga wangi dan masukkan cili masak lagi.
3.Masukkan taucu diikuti dgn sedikit air asam..masak hingga mendidih dan agak kering
4.Akhir sekli masukkan ikan bilis dan rasakan gula...boleh masak hingga kering atau biar berkuah sedikit.

Pudding Cake


Friday, November 14, 2014

Bunga Lily Q Dip



Semalam kemas2 rumah terjumpa gambar ni...gambar bunga Lily guna Q -Dip..mt buat utk majlis pernikahan alaong beberapa tahun lepas...rasa macam nak mula semula...

Sotong Sumbat

 Petang ni masak sotong sumbat sweet n sour.....

Beberapa ekor sotong...buang dakwat,belah sikit bhg ekor utk buang pasir2 yg ada dlm badan sotong tu, bersihkan dan toskan.

Bahan utk sumbat :

Sedikit udang kertas buang kulit bersihkan
1 bawang besar di potong dadu
2 biji telor
Lada merah dan lada hijau di hiris
Daun bawang dan daun sop dihiris
minyak utk menumis.
sedikit garam

Cara :

1.Panaskan minyak,tumis bawang merah hingga layu dan masukkkan udang.Kacau rata/
2.Masukkan garam secukup rasa,masukkan lada dan gaul rata.
3.Masukkan telor biar seketika..dah agak masak gaul rata.
4.Akhir sekali masukkan daun sop dan bawang...masak seketika.

Bahan Tumis :

1 bawang besar di hiris halus
2biji bawang putih di cincang
2sb cili kisar
5sb sos tomato
4sb sos cili
sedikit brown sugar.

Cara :
1.Sumbatkan inti kedalam sotong,masukkan kepala sotong dan cucuk dgn lidi buluh.Ketepikan dulu.
2.Panaskan minyak,tumis bawang putih dan merah hingga layu,masukkan cili,masak hingga garing sedikit.
3.Masukkan sos cili dan sos tomato gaul rata dan masukkan sotong.
4.Masukkan gula,masak hingga sotong masak dan kuah agak kering
5.Angkat sotong letak dlm pinggan dan kelar2kan dan tabur daun bawang.

Thursday, November 13, 2014

Karipap Rangup


Resipi dari yatiememories dah dua kali buat...baru hari ni dapat snap gambar.Inti dah siap semalam so senanglah sikit....hanya tinggal bancuh doh aje.Sebahagian di goreng sebahagian lagi mt bakar sekejap dalam oven...sejukkan dan packing untuk disimpan sejuk beku dlm peti ais.

Bahan doh :
500gm tepung gandum
50gm tepung beras
50gm tepung ubi
1sb gula
1st garam
3sb majerin *
1/4caw minyak masak* (* dipanaskan)
1caw air.

Cara :
1.Satukan semua bahan kering dan gaul rata.
2.Tuangkan minyak panas dan gaul rata.
3.Tuangkan air sikit2 sehingga membentuk doh
4.Bahagikan kepada beberapa doh kecil dan leperkan dan masukkan inti dan klimkan tepinya.
5.Goreng dlm minyak yg banyak hingga garing.

Bahan Inti :
8biji kentang dikupas kulit dan di potong dadu
1 dada ayam atau daging di potong kecil (mt guna daging kisar yg dah siap)
3sb rempah kari
1sudu serbuk cili/cili kisar
1 baw besar di potong dadu
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :
1 bawang besar
2 ulas baw putih
1in halia

Cara :
1.Rebus ubi kentang yg tlh di potong dadu separuh masak.Angkat dan toskan
2.Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang besar dadu dan daun kari hingga layu.Masukkan bahan kisar kacau sebati hingga wangi dan garing.
3.Masukkan cili di ikuti rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air...masak hingga sedikit garing..
4.Masukan daging...jika agak kering masukkan sedikit air.Masak hingga daging masak dan akhir sekali masukkanmkentang.
5.Masak seketika dan rasakan garam dan gula.

Wednesday, November 12, 2014

Pisang Tandok Goreng

Kononnya nak buat karipap untuk minum petang ni....tapi at dah beli pisang tandok...so simpan ajelah dulu inti karipap tu....Dah 3 hari dia cuti...badan dia tak berapa sihat.Kalau dia ada dirumah pasti kena buat sesutau untuk minum petang......Tepung goreng pisang mt mmg cukup sempoi tapi garing...tapi klu pisang dah lembik...tak guna pun tepung garing..lembik juga akhirnya....resipi ni Kak Lin biras mt yg bagi,,,,cube lah...

1caw tepung gandum
1/2 caw tepung beras
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1sb minyak masak
Air secukupnya.

Cara :
1,Satukan semua bahan,kecuali minyak.Tuang air sedikit2dan kacau dgn whisk.
2.Akhir sekali masukkan minyak.Kacau rata.
3.Celup pisang dan goreng dlm minyak yg banyak hingga garing.

Tuesday, November 11, 2014

Bingka Roti


Dua cucu mt ni kalau makan roti...mesti berlubang..kulit dia tak mahu....sayang dari terbuang mt kumpulkan buat bingka....resipi dari Home Sweet Home...ada beberapa bahan mt tak ikut sbb tak ada dalam dapor....apapun rasanya maintain sedap...atau dlm lain perkataan lagi garing lagi sedap!

mt guna loyang 7"x7"

Bahan :

1/2 buku roti gardenia (separuh dlm plastik yg pendek/mt guna kulit dan campur sebahagian roti)
3caw santan
3biji telor
1caw gula
garam (mt tak letak)
sedikit esen vanilla
kismis
1 tin jagung krim (mt guna jagung kernel sbb tu aja yg ada dlm simpanan)
mentega

Cara :
1.Masukkan roti dlm mangkok besar.Mt siat2kan
2.Dalam mangkok lain pukul telor,santan  dan gula hingga gula larut dan tapiskan ke dalam roti tadi
3.Masukkan jagung dan kismis.Mt ramas2kan sedikit
4.Tuang dlm loyang yg telah disapu mentega.
5.Cubit2kan mentega dan tabur atas permukaan adunan roti.
6.Bakar hingga masak dan garing.

Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah yg dimakan bersama nasi lemak..serai..daun kari ..senang nak dapat sebab mt tanam dalam pasu...tak payah start enjin kereta hihi...tapi habis diet kata kawan mt....huhu

1/2 ekor ayam saiz sederhan, di potong kecil,cuci dan toskan
1/2in halia
4ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai di potong2
1sb kunyit basah (mt beli kat pasar ...dah siap campur garam..klu tak ada kunyit serbuk atau kunyit hidup)
sedikit rempah kari
sedikit cili kisar
daun kari
garam secukup rasa
sedikit tepung jagung
minyak untuk menggoreng

Cara :
1.Blend bawang halia,kunyit.serai...gaul bersama ayam serta bahan lain.Perap sekejap
2.Goreng dan toskan minyak.

Nasi Lemak

Hari ni terajin buat nasi lemak,sambal dan ayam goreng berempah selalunya breakfast simple aje dgn cucu...kalau part masak lauk pauk ni mt main campak2 dan guna  aje bahan2 yg ada di dapur...tapi anak2 mesti minta resipi macam mana nak buat.....katanya lain orang lain cara tapi mereka nak resipi mt juga....

Beras di cuci bersih
Santan segar secukupnya
Garam secukup rasa
Gula sedikit saja utk menjadikan nasi lemak tu sedap
Beberapa hiris halia
Daun pandan

Cara :
1.Masukkan santan kedalam beras yg dah dicuci bersih.Paras santan lbh kurang macam masak nasi biasa.
2.Masuukan garam dan gula serta halia gaul rata.Tutup periok dan tekan cook
3.Apabila mendidih masukkan daun pandan dan tutup semula.Biar sampai masak.

Mt mmg suka masuk daun pandan apabila nasi tu tengah mendidih....bau pandan tu boleh satu rumah terbangun.....

Monday, November 10, 2014

Talam Keladi


Hari ni ambil alih tugas along buat kuih...sbb yg menempah nak jam 3ptg ni..along kerja....so mt kena buatkan.....mt pun dah lama tak buat talam keladi ni....suka warna ungu  tu dan rasa keladinya....tempahan kuih muih ni skrg along yabg ambil alih...mt cuma tolong buatkan bila keadaan terdesak aje....
Sumber : Chef Asma

Lapisan bawah :

(A)
220gm tepong beras
40gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam
300ml santan pekat
700ml air

(B)
300gm keladi yg telah potong kuib,cuci dgn air garam basuh dan toskan serat kukus selama 5 minit..ketepikan.

Cara :
1.Satukan bahan A,gaul rata dan tapis kedalam periok.
2.Masak hingga naik wap.
3.Masukkan keladi kacau rata
4.Tuang kedalam loyang dan kukus selama 35min

Lapisan Atas :
150gm tepung gandum
250gm gula castor
3 biji telor
200 ml santan pekat
400ml air
sedikit pewarna unggu

Cara :
1.Satukan semua bahan dan tapis kedalam periok.
2.Masak hingga naik wap dan tuang kelapisankeladi.
3.Kukus selama 30minit.

Sunday, November 9, 2014

Talam Sago Banjar



Lapisan di tengah macam Talam tokyo....atau macam talam Sri Sarawak...tapi rasa tetap berlainan dgn rupa yg sangat molek...hihi
Sumber : Chef Asma

Lapisan Bawah :

45gm tepung ubi
45gm tepung hoen kwe
75gm tepung beras
75gm gula pasir
220ml santan pekat
1/4tsp garam
150gm gula merah di campur dgn 380ml air - masak atas api hingga gula larut,sejukkan

Cara:
1.Satukan semua bahan diatas dan tapis kedalam periok.
2.Masak hinga naik wap dantuang kedalam loyang.Kukus selama 25minit

Lapisan Tengah :

200gm sago kecil di cuci dan direndam dgn air separas sagi selama 30minit.
50gm kelapa parut putih\1tsp garam
60ml santan pekat
200ml air

Cara :

1.Satukan bahan lapisan tengah.Gaul rata/
2.Cakar permukaan lapisan bawah dan tuang adunan lapisan tengah.
3.Kukus selama 20minit

Lapisan Atas :

190gm gula kastor
75gm tepung kastard
300ml santan pekat
300ml air daun pandan
3biji telor
1/2tsp garam
pewarna hijau

Cara;
1.Satukan semua bahan dan gaul rata.
2.Tapis kedalam periok dan masak hingga naik wap
3.Tuang atas lapisan tengah.
4.Kukus selama 30 minit

Wednesday, November 5, 2014

Talam Kacang Hijau



Lapisan Bawah :
 A)
250gm gula kastor
150gm tepung beras
40gm tepung hongkew hijau (mt guna hongkew putih sbb tu je yg ada kat dapor)
1/2 tsp garam

B)
200ml santan pekat
650ml air

C)
200gm kacang hijau direbus hingga lembut dan toskan
sedikit pewarna hijau

Cara :
1.Satukan semua bahan A,masukkan B dan kacau rata.
2.Tapiskan kedalam periok dan masukkan pula bahan C.kacau rata
3.Masak hingga pekat dan tuangkan kedalam loyang.Kukus 30minit

Lapisan Atas :

A)
70gm tepung beras
50gm tepung hongkew atau tepung jagung
2tsp garam

B)
200ml santan pekat
800ml air

Cara :
1.Satukan semua bahan A dan C kacau rata
2.Tapiskan kedalam periok dan masak hingga naik wap.
3.Tuang atas lapisan bawah dan kukus lagi selama 30minit.

Nota : Loyang 10"x10"
kalau buat separuh adunan guna loyang 7"x7"
Kacang hijau guna 80gm...kalau 100gm agak tebal.

Sumber ; Chef Asma

Asam Rebus Ikan

At suka makan asam rebus ikan hasil tangan arwah bonda mt....sampai skrg dia teringat2..hari ni masak lauk ni guna ikan cencaru letak bende makan dgn sambal belacan atau apa2 sambal dan ikan goreng....ohhhh 

Beberapa kerat ikan cencaru(ikan parang dan puput pun sedap)

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1in halia
1/2 in kunyit hidup
1in belacan

Kisar bahan diatas.

Air asam jawa
Lada merah atau hijau di belah jgn putus
1 Bawang besar di hiris
Bende

Cara :
1.Ikan di cuci bersih.Masukkan kedalam periok bersama semua bahan kisar dan cili merah serta air asam jawa dan bawang hiris.
2.Masak hingga mendidih..rasakan garam
3.Masukkan sayur bende..masak seketika.

Tuesday, November 4, 2014

Bingka Suji



Ada baki suji...cukup2 pulak untuk buat bingka....senang nak buat rasa pun sedap...

 Bahan A :

200gm gula kastor
3 biji telor  gred A

Pukul bersama hingga kembang

Bahan B ;

150gm tepung suji - direndam dgn air sama paras

Bahan C :
50gm tepung gandum
50gm susu tepung
1/2 st garam
250ml santan pekat
300ml air
1/2st esen vanilla
1/2st pewarna kuning

Cara ;

1.Satukan semua bahan C...kacau dgn whisker dan tapis kedalam A.Gaul rata dan masukkan bahan B dan gaul rata sekali lagi.
2.Masukkan kedalam periok dan masak atas api hingga agak pekat jgn spi meletup2 nanti bingka jadi keras.
3.Tuangkan kedalam loyang yg telah di lenser dgn majerin/mentega.
4.Bakar hingga 1 jam atau hingga masak.,,,dah masak masa panas sapu majerin/mentega atas permukaan bingka .
Nota : Saiz Loyang 7"x&" kalau loyang bulat garispusat 7"

Monday, November 3, 2014

Talam Keladi Berlauk



A)
6 ulas bawang merah
4ulas bawang putih
30gm udang kering,cuci,toskan,sangai dan tumbuk halus (mt blend aje lg senang)
minyak untuk menumis

Bawang2 di blend halus.

B)
400gm keladi di potong kuib,timbang dan basuh dgn air garam dan toskan

C)
2st garam
1tbsp gula
1tsp lada sulah
800ml air

D)
280gm tepung beras
2tbsp tepung ubi
2tbsp tepung jagung
1200ml air

Satukan bahan D gaul rata.Tapis dalam periok

Cara :

1.Tumis bawang2 hingga wangi masukkan udang kering.Gaul rata.
2.Masukkan keladi..goreng sebentar.
3Masukkan air..masak hingga keladi empuk dan agak kering sedikit.Matikan api
4.Masak Bahan D atas api...agak2 hampir pekat masukkan  keladi..masak lagi hingga pekat dan meletop2.
5.Tuang kedalam loyang dan kukus selama 30minit.

Bahan hiasan. :
Daun bawang
Daun sop
Cili merah
Sedikit udang kering di basuh,toskan,tumbuk dan di goreng sekejap.

Apabila masak taburkan bahan2 hiasan dimakan bersama sauce hitam dan sos merah

Sauce Hitam :
50gm taucu
45gm gula
120ml air
1/2tsp kicap pekat
1/2 tbsp tepung jagung utk pekatkansos

Blend semua bahan kecuali tpg jagung.Masak atas api dan masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkannya.

Sauce Merah :
4biji bawang merah
3biji bawang putih
20gm udang kering direndam,basuh dan tumbuk
15gm belacan dibakar dan di tumbuk
1tbsp gula
1tb air asam jawa
6tbsp cili kisar
1/2 mangkok air

Cara :
Tumis bawang2 hingga wangi,masukkan cili,nasak sebentar dan masukkan bahan2 lain..masak hingga agak pekat.Rasa gula kalau kurang boleh tambah.

Sumber : Chef Asma

Kacang Panjang & Udang Masak Lemak

Hari ni berbuka  puasa dgn masak lemak kacang dan Udang...tarok cili api banyak2...makan dgn ikan goreng dan nasi panas2 pun ok pada mt...

Bahan :

300gm udang
Cili padi suka hati banyak mana
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in kunyit hidup
sedikit belacan
daun kunyit
Santan dari sebiji kelapa

Cara :
1.Tumbuk lumat/blend cili,bawang,kunyit dan belacan.Masukkan kedalam periok
2.Masukkan santan dan asam gelugor..masak atas apai..kacau selalu agar santan tak pecah.Masak hingga mendidih.
3.Masukkan daun kunyit dan udang...masak seketika dan akhir masukkan kacang panjang.
4.Rasakan garam

Sunday, November 2, 2014

Seri Muka Pandan



Kakak balik sekolah minta buatkan kuih hijau..mt boleh buatkan dgn syarat makan semuanya..jangan makan yg hijau saja.Resipi asal utk loyang 10"x10"...so mt bahagi dua resipi di bawah ni dan guna loyang 7"x7"......

Lapisan Bawah :

500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2st garam

Cara :

1.Rendam pulut sekurang2nya 4jam
2.Basuh bersih dan toskan
3.Kukus pulut bersama bahan diatas selama 30minit
4.Apabila masak gaul sebati dan padatkan kedalam loyang.

Lapisan Atas :

250gmgula kastor
100gm tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air daun pandan (beberapa helai daun pandan dikisar bersama air)
4 biji telor
1/2 tsp gatram
pewarna hijau

Cara :
1.Satukan semua bahan diatas.Kacau rata
2.Tapiskan kedalam periok dan masak hingga naik wap
3.Tuang atas lapisan bawah,kukus selama 30minit

Pengat Keladi

Kelmarin pergi jemputan kawin anak saudara sepupu di Sekinchan.Dalam perjalanan balik beli keladi dan keledek dan nangka.At minta buatkan pengat....siap dah..tunggu dia balik dari pejabat....

Bahan :
Sedikit keledek oren 
Sedikit keledek ungu
sedikit  keladi
Nangka
Sagu biji
Santan dari sebiji kelapa
Gula
Daun Pandan

Cara :

1.Cuci dan rendam sekejap sagu biji,Toskan
2.Semua keledek,keladi di potong dadu dan kukus.Kalau nak masak terus dalam santan pun boleh.
3.Masak santan dan daun pandan hingga mendidih...masukkan gula secukupnya.
4.Masukkan sagu dan nangka masak seketika dan akhir sekali masukkan keledek