Galery mt

Galery mt

Thursday, June 30, 2011

Kek Buah Fondant

Alhamdullilah....siap dah.....memang tak berapa cantaik mcm kita order kat kedai.....apapun mmg tak boleh nak gambarkan kepuasan...bila kita mencuba sendiri......buat simple je....nantilah my wedding annivessary buat bertingkat2.......

Biskut Hantaran

Biskut hantaran ni di pelajari beberapa tahun dahulu dengan Chef Nor Pishah di Bandar Sri Permaisuri,Kuala Lumpur.....masa mula2 buat dulu memang terkial2....nak membentukkan buah2 tersebut mmg perlu latihan  berkali2.....baru menjadi...mula2 buat dulu...manggis mcm bola je......nak buat dan membentuk satu hal...nak mewarna satu hal....tapi untuk majlis putri kedua ni...mtq gagahkan jugalah....bila lagi nak buatkan.?..

Bahan Yang Perlu di Sediakan :

Inti Nenas/Kacang Tumbuk
Kuning telor
Susu Cair (i used brand ideal Milk)
Putih telor
Pelbagai pewarna

Bahan untuk Biskut:

140gm mentega
1biji kuning telor
80gm gula kastor
190gm tepung gandum

Cara :

1.Gaul semua bahan biskut dan gaul rata hingga menjadi seketul doh yang lembut
2.Bentuk berbagai jenis buah-buahan dengan doh tadi....strawberry.Cili hijau,Jambu,Jagung,Belimbing,Manggis,Carrot,Labu...apa2 sajelah....(yang ni kena cuba berkali2 baru jadi)
3.Selepas di bentuk buah dan tangkainya sekali,bakar  guna api bawah sahaja tanpa kipas. dalam oven dan sejukkan.
4.Warnakan buah2 tersebut dan biar kering
5.Sesudah warna kering,barulah disapu dengan putih telor

Nota : untuk mewarna....Campurkan 1 biji kuning telor dicampur dengan 2tsp susu cair dan dicampurkan pewarna yg dikehendaki...

Tartlets

Choclate Cheese Tart

Blueberry Cheese Tart

Fruit Tart dgn Kastard

Kiwi Cheese Tart

Hari ni dari pagi hingga ke petang berada di dapur saja....dari lepas subuh buat fondant kek,tartlets dan biskut hantaran.....di bantu oleh along yg dah tinggal hujung2 berpantang...termasuk pembantu kecil..."nak tolong...nak tolong"...dan diselang seli dgn tangisan baby nak menyusu...aduiii penat ooooo but puashati tengok hasilnya....Buat empat jenis tartlet sebagai door gift untuk empat puluh tetamu yg akan berkunjaung pada hari Sabtu ni.....selain puding...dan telor pindang...telor pindang mtq order je kat Pak Anjang Cafe...walaupun tahu buat...penat ooooo....



Sunday, June 26, 2011

Coklat Hantaran

Coklat hantaran ni di buat oleh Abang Long dan Angah....Kak Along tukang membebel je malam tadi....dah kenyang makan kambing agaknya kut......ngeee......ngeee

Puding Tembikai dan Puding Lapis Kaca



Talam Keladi,Puding Tembikai dan Puding Lapis Kaca yg dibawa ke rumah besan pagi tadi untuk majlis aqiqah cucu kedua.Resepi Puding Lapis Kaca telah dimasukkan dlm n3 sebelum ini...apappun mtq sertakan semula resipinya....

Puding Lapis Kaca :
Adunan A:
25gm serbok agar2
1500ml air
250gm gula
1helai daun pandan
Adunan B :
25gm serbok agar2
1500ml air
250gm gula
100gm serbok santan (2packet setiap packet=50gm)
1helai daun pandan

Cara :
1.Masak hingga mendidih,keluarkan daun pandan...biar suam sikit
2.Masak B seperti no 1.
3.Tuang 350ml agar2 santan ungu kedalam loyang hingga hampir beku
4.Kemudian tuangkan 350ml agar2 jernih dicampur pewarna ungu keatas no 3.
5.Ulang 3 & 4 berselang seli hingga habis.
6.Gunakan loyang 9inx9in yg telah dibasahkan.Biasanya ia akan mendapat 8 lapisan.

Puding Tembikai :

25gm serbok agar2
3 keping roti 
6caw air
1 1/2 caw gula
1/2 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb mentega
1st esen vanilla
cincau di potong kecil2

cara :

1.Masak agar2 bersama gula dan air hingga hancur dan mendidih.
2.Sementara itu carik2kan roti dan rendam dlm susu cair kemudian di blend bersama susu pekat
3.Masukkan no 2 kedalam no 1.Masukkan esen dan mentega.Kacau hingga mendidih dan agak pekat.
4.Tutup api.Ambil 350ml aduan,warnakan hijau tuang dlm loyang saiz 8in x 8 in.Pastikan loyang dibasahkan dgn air dahulu.
5.Bila no 4 ayg telah agak keras sikit...tuangkan 350ml adunan warna asal...biar keras sedikit.
6.Akhir sekali tuang baki adunan yg telah diwarnakan merah dan tabur cincau.
7.Sejukkan dahulu baru sedap dimakan.




Friday, June 24, 2011

Acar Buah

Acar Buah ni mmg jadi kegemaran kami sekeluarga....belajar buat acar buah ni dari arwah mak...arwah mak belajar dari besannya Hjh Mak Tom...Kalau arwah mak buat banyak guna bauh2 yg dia sendiri jemur dan keringkan...mtq buat beli je semua buah tu dari kedai kat Chow Kit Road tu...cuma mtq tambah tomato puree...yg ni pulak belajar dari jiran Hjh Maimunah...mmg sedap.....cuma tak tahu mcm mana nak sukat...main agak2 je....tu yg anak2 kata tak pandai.....tapi Alhamdullilah tengah kemas2 fail masakan tu terjumpa pulak resipi acar buah ni....tak ingat dari blog siapa.....jom  kita kongsi sama2 resipi ni ada masa buat sendiri....
500gm buah2 campuran
mt tambah kismis,prune,buah pala kering..dan kalau ada kurma kat dapor pun mt masukkakn juga...

Bahan mesin halus :

500gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10cm halia
100gm cili kering
3sudu besar rempah kari ikan
500gm minyak
500gm gula pasir
1botol cuka 
1/2caw bijan di sangai (tak letak)
1tin kecil tomato puree duchef(tambahan)

Cara :
1.Panaskan minyak,tumis bahan mesin hingga garing dan naik minyak
2.Masukkan gula dan cuka,masak hingga mendidih dan naik minyak
4.Masukkan buah campur....masak hingga kering
5.Sejukkan dan tabur bijan

Thursday, June 23, 2011

Kek Pisang Marble

Bulan Mei dan Jun 2011 penuh dengan undangan perkahwinan tiap Sabtu dan Ahad.Dari utara hingga ke selatan juga Sabah..Alhamdullilah diberi rezeki dan kesihatan yg baik dapat memenuhi undangan tersebut.Kadang2 dlm satu hari sampai tiga jemputan pernah terjadi sampai tujuh jemputan....insyaAllah dapat juga pergi.Rasa satu kepuasan dpt memenuhi undangan tersebut...bukan kepuasan makan..dah tak larat nak makan dah....bagi yg pernah buat kenduri kecil apa lagi besar...tuan rumah merasa bahagia melihat kehadiran kita....sbb tu mt cuba sedaya upaya kecuali ada perkara yg benar2 tak dapat nak di elakkan....Balik kenduri kelmarin ada org bagi pisang...nak buat kek pisang..ada pulak tetamu berkunjung semalam...rezeki dialah...,along pula tak suka kek pisang tapi bila buat dia yg perhabiskan....

250gm pisang di lecek
1st esen pisang
250gm tepung kek (mt used  tepung gandum ayak bersama b.powder 2,3 kali)
1sk baking powder
200gm gula kastor
6 biji telor (i used 7 biji gred B)
1sb ovallete
2sb susu pekat manis
50gm fresh milk
90gm mentega dicaikan dan biar sejuk
1sb coklat emulco

Cara :
1.lenser loyang 10inx10in atas kertas.Panaskan oven pada suhu 170c.
2.Lenyek pisang bersama esen pisang hingga halus.Ketepikan
3.Satukan semua bahan dlm mixer kecuali,mentega cair,choclate emulco...pukul dgn kelajuan tingginhingga gebu.
4.Perlahan kan speed,masukkan pisang yg telah dilenyek tadi
5.Masukkan mentega cair dan kacau dgn spatula dan bahagi kepada 2 bhg.Satu warna asal dan satu lagi di campur choc emulco.
6.Masukkan 3sb warna asal ditengah2 loyang dan 3sb warna coklat..buat hingga 3/4 adunan.Bakinya sudukan 2sb berselang seli yg akhir 1 sb.
7.Bakar hingga masak.

Monday, June 20, 2011

Asam Pedas Daging Tetel


Dah lama nak masak asam pedas daging tetel ni...pernah makan di rumah Pn Rahimah yg duduk di Bkt Kemuning...sedap dia masak...tiba2 mtq rasa sebak kerana teringat last pergi rumah dia dgn Kak Hjh Rohana dan arwah Hjh Siti Norhafizah teman baik mtq yg meninggal di Mekah semasa mengerjakan umrah tahun 2010..rindu teramat...ALFatihah ....

1kg daging tetel...cincang dan rebus 
1st jintan manis
1st jintan putih
1st ketumbar
3btg serai di ketuk
3 helai daun limau purut
3sm kerisik (mtq tak letak sbb tak ada kat dapur)
6 ulas baw merah
3 ulas baw putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
2cm lengkuas
1 1/2 caw cili kisar
sebesar ibu jari belacan
Asam jawa

Garam

1.Kisar semua bahan diatas,campurkan dgn cili kisar,tumis dengan minyak bersama serai hingga naik bau.Masukkan daging kacau rata,
2.Masukkan daun limau purut dan kerisik dan masukkan lebihan air daging jika ada dan air asam jawa,
3.Biar mendidih,masukkan garam secukup rasa.

Sunday, June 19, 2011

Kek Buah Bakar


Malam tadi angah belajar buat kek buah bakar......bila keluarkan dari oven cepat2 letak depan aircon sbb nak cepat makan...katanya....Selalunya mereka semua tak berapa suka kek buah...manis sangatlah...rasa ubatlah...tapi resipi dari chefasma ni cepat je habis.....(resipi asal untu 3 biji kek...banyak sgt.) apa pun lain org lain selera....kan...

Bahan :

270gm mentega
200gm brown sugar
5biji telor gred A
50gm black trackle
20gm glacarine
6gm baking powder
270gm tepung gandum
500gm mix friut

Cara :

1.Pukul mentega dan brown sugar hingga kembang.Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi.
2.Masukkan black trackle dan glacarine,
3,Slowkan speed masukkan separuh tepung yg telah di ayak bersama baking powder(separuh lagi tepung di gaul dgn mix friut)
4.Akhir sekali masukkan mix friut dan gaul rata.Masukkan kedalam loyang yg telah di lenser dgn butter dan dialas kertas.
5.Bakar selama 60min pada suhu 160C.


Friday, June 17, 2011

Bertunang lagi

Nasi Beriani Udang,Kerutub Udang dan Acar


Malam semalam tanya anak2 apa nak makan besok...jawapannya mmg boring..."apa2 je lah ibu"...Pagi tadi bangun sakit kepala pulak...tapi tak mahu layan sakit kepala tu....dlm sibuk2 memasak...sakit kepala pun hilang... masak beriani udang tapi pakai beras biasa je....malas nak keluar cari beras basmathi....kerutub udang dan acar timun....jomm tengok resipi yg pakai campak2 je dari apa yg ada kat dapur tu...

Nasi :
Beras Basmathi
Bawang Besar/Bawang Putih/Halia di hiris
Sedikit rempah beriani (kat rumah ni sentiasa ada stok)
Kulit kayu manis,Buah pelaga,Bunga Lawang
Minyak Sapi
Minyak lebihan goreng udang

Cara :
1.Tumis bawang2dan halia,rempah penumis kedlm minyak sapi dan minyak lebihan goreng udang garam.
2.Dah wangi masukkan rempah beriani,kacau rata dan masukkan air dan garam
3.Masukkan beras yg dah dibersihkan dan di tos....masak mcm masak nasi biasa je...(sbb pakai beras biasa)

Kerutub Udang :
Beberapa ekor udang
Cili kisar (tak pakai sbb Q nak makan)
Rempah kari udang campur Babas dan adabi
Bawang merah/Bawang putih dan halia kisar
Serai di ketuk
Kerisik
Santan
Asam keping

Cara :
1.Tumis bawang dan halia kisar bersama serai hingga wangi.Masukkan rempah kari kacau rata.
2.Masukkan udang,kacau sekejap...kacau dan di masukkan santan dan asam keping
3.Bila agak pekat masukkan kerisik...rasa garam dan gula.

Acar :
Mentimun
Carot
Lada Hijau dan lada merah di belah2
Bawang putih di hiris
Bawang besar di belah empat
Cili kisar
Biji sawi
serbuk kunyit
Garam,Gula dan Cuka
Minyak

Cara :
1.Mentimun dan carot di potong panjang,rendam dgn air garam 1/2 jam dan toskan.
2.Tumis bawang putih hingga wangi,masdukkan cili kisar tumis hinga garing,masukkan bawang besar dan biji sawi... kacau rata.
3.Masukkan cuka dan gula...biar mendidih hingga pekat rasakan garam.
4.Bila dah pekat baru masukkan carot dan timun....kacau rata sekejap....siap dah.

Wednesday, June 15, 2011

Gulai Sotong Sumbat


Ni lauk permintaan anak yg bongsu...nak makan lauk sotong sumbat di tabur bunga rampai......ish...ada ke hirisan daun kunyit dikatakan bunga rampai....selalunya sumbat pulut...ni disumbatkan udang.....jomm kita ke dapur...

Sotong di bersihkan dan di sumbat inti udang dimasukkan kepala sotong dan di cucuk lidi...di kelar2 sikit badan sotong tu...kelar sikit je...nanti bocor lak...tadi lupa nak kelar sbb bergaduh dgn Q...

Inti udang :

Beberapa ekor udang di buang kulit,di bersihkan dan di tumbuk,masukkan hirisan daun bawang,bawang besar cincang dan garam.Gaul rata dan masukkan ke dlm sotong.

Gulai :

Cili merah
Bawang besar dan bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Lengkuas
Air asam jawa
Garam dan gula
Hirisan daun kunyit

Cara :
1.Blend halus cili merah,bawang besar,bawang putih,halia,kunyit dan lengkuas.
2.Tumis kedalam minyak...bila dah wangi masukkan sotong,air asam ,kacau rata
3.Masukkan santan...bila dah mendidih rasakan garam dan gula
4.Taburkan hirisan daun kunyit....bagi yg suka pedas..masukkan beberapa tangkai cili padi.

Asam Pedas Ikan Jenahak


Orang Johor mesti tak tinggal asam pedas,asam pedas pun ada mcm2 version....ada yg campur lengkuas,ada yg campur jintan...apapun semua sedap.Kat rumah ni diaorang suka  tambah dengan daun kesom atau bunga kantan ataupun kobis asin.Kadang2 bila malas nak masak sayur,mtq masak asam pedas 3 in 1,masukkan bende,terung dan tomato.Kalau balik kampung waktu malam,sesekali singgah di Parit Jawa menjamu selera lauk asam pedas....kata atq dan anak2 ibu masak lagi sedap..cuma kat situ ikan baru naik....ni resepi asas asam pedas yg selalu arwah my mum buat....

Beberapa kerat ikan Jenahak/Merah/Parang
Cili kering
Bawang merah dan Bawang  putih
Halia dan kunyit hidup
Sedikit Belacan
Asam jawa
Garam
Minyak untuk menumis

Tuesday, June 14, 2011

Masak Lemak Ketam dgn Nenas


Stok ikan,udang,ketam dan sotong biasanya di bawa dari KK, beli jika ada urusan di sana atau kirim pada yg selalu kesana.Kegemaran atq tak kiralah masak apa... tapi anak tak berapa minat sbb malas nak mengutil ketam.Kalau makan atq yg tolong keluarkan isi...bila dah besar panjang ni...pandai2lah nak makan...akhirnya dia yg makan sorang2...mtq pun lebih kurang sama dengan anak2...

Bahan :

Beberapa ekor ketam
Cili padi
Bawang besar
Bawang putih
Kunyit hidup.
Nenas
Serai di ketuk
Daun limau purut
Asam keping
Santan
Minyak untuk menumis
Garam

Cara :
1.Blend cili,bawang besar,bawang putih dan kunyit.Panaskan minyak tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi,masukkan nenas,tunggu air nenas agak kering.
2.Masukkan ketam,asam keping dan daun limau purut gaul sebentar.
3.Masukkan santan...dan rasakan garam

Monday, June 6, 2011

Belajar Hias Kek....

Hari ni Angah belajar menghias kek dengan lebihan fondant hari tu....belajar dlm keadaan bergaduh dgn Qaisara....haa baru Angah tahu penatnya tangan nak menguli fondant agar lembut semula....sengaja biar dia uli pakai tangan.......tu hasil diatas...tampal sana...tampal sini.....sekarang dia dah ada idea macam mana nak hias kek hantaran untuk diri sendiri......

Wednesday, June 1, 2011

Coklat Moist Cake



Malam tadi lepas isya' adik ipar n family dari Jenjarom datang berkunjung kerumah....masa tu  tengah bakar kek coklat...resipi  dari blog sufi ...wahh sedap keknya...Angah yang agak cerewet dgn kek coklat pun kata sedap...kalau malas nak buat pi tempah kek ni dengan sufi di SINI mtq tulis semula resipi nya...(gambar kat atas tu dah tinggal sebelah aje...)

2caw tepung gandum
2sk baking powder
2caw gula halus
4biji telor gred A
250gm butter
2sk esen vanilla

1caw serbok koko
1/2caw gula halus
1caw air panas
1/2 caw susu cair

Cara :
1.Satukan serbok koko,gula halus dan air panas,masak atas api yg kecil,sambil kacau rata dan berkilat,tuang susu cair dan sejukkan.
2.Pukul butter dan gula hingga kembang.Masukkakn telor sebiji sebiji,pukul lagi.Masukkan vanilla dan gaul rata.
3.Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder berselang seli dgn pes coklat tadi.Gaul rata.
Bakar dlm loyang selama 1jam pada suhu 180C.