Galery mt

Galery mt

Tuesday, August 31, 2010

Coklat lagi....

Boleh diperolehi dlm berbagai saiz...single cavity,2,4,6,9,12,24 dan 35cavity...boleh membuat pilihan rasa,bentuk dan warna...

Tengok gambar pun dah mengiurkan........

Monday, August 30, 2010

Cupcake

Cupcake boleh dijadikan sebagai cenderahati pertunangan,perkahwinan,harijadi ...terdapat dlm tiga saiz..S,M dan L dan dlm berbagai rasa seperti mint,orange.Kek terdapat dlm dua rasa kek coklat dan vanilla....buttercream,fondant dan royal icing

Talam Suji

Guna tepung suji atau semolina....lapisan bawah jgn di rendam lama nanti hilang rasa biji2 semolina....dan lapisan atas gunakan gula melaka asli,sedap dan berbau harum....lapisan atas boleh juga menggunakan durian...warnakan hijau...sedapp...
Lapisan Bawah :
(A) 180gm tpg suji
(B) 220gm gula kastor 2 biji telor 200ml santan pekat 700ml air pewarna kuning 1st garam 1st vanilla 20 - 30gm tpg gandum
Cara :
Satukan semua bahan B..kacau rata dan tapis,masukkan bahan Amasak atas api hingga naik wap..tuang kedlm loyang 10in x 10in selama 25min.
Lapisan Atas :
(A) 300gm gula merah 50gm gula castor 500ml air
(B) 180gm tepung gandum 3 biji telor 250ml santan pekat 1/2st garam  Cara :
Satukan bahan B,kacau rata,masukkan bahan A,tapis dan masak hingga naik wap dan tuang atas lapisan bawah...kukus selama 30min.

Biskut Semperit




Entah dari mana datangnya namanya...tapi sejak dari dulu namanya begitukan....Nampak sempoi tapi rasanya sungguh sedap.....dah beli sebotol....jadi berbotol2...tak percaya?...cubalah....guna mentega yg berkualiti....
2 1/2 ketul butter (750gm butter)
2 merah telor
300gm icing sugar
500gm tpg gandum
450gm tpg jagung
Vanilla

Cara :
1.Pukul butter,telor.vanilla hingga kembang
2.Dalam bekal lain ayak tepung dan icing sugar..gaul rata kedua2nya
3.Masukkan kedlm adunan butter..sedikit2..gaul rata.
4.Rehatkan sekejap
5.Pam dlm acuan semperit
6.Bakar


Biskut Coklat Badam

Biskut ni kegemaran angah...kalau untuk makan sendiri pasti dia tambah serbok koko...katanya lagi pahit lagi sedap....suka hatilah asalkan yang untuk di jual ikut "standard".
Bahan :

280gm tepung gandum
250gm butter (guna kualiti butter)
160gm gula halus
90gm badam halus
45gm serbuk koko
1 kuning telor
1 st vanilla

Hiasan :

Putih telor/Coklat rice

Cara :

Satukan Butter dan gula.Pukul hingga kembang,campurkan telor,esen vanila,pukul lagi.Masukkan badam halus,serbok koko di ikuti tepung gandum.Gaul rata adunan.Terap dengan acuan bersesuaian sapukan putih telor dan tabur coklat rice.


Tart Nenas


Sunday, August 29, 2010

Coklat


Putri Ayu

2biji telor gred A
160gm gula halus
160ml santan
1st pes pandan
180gm tpg gandum
1sb tepung ubi
1st ovallette

1biji kelapa parut putih dicampurkan dengan 2sb tepung jagung serta 1/2st garam...digaul rata dan kukus.

Cara :
1.Gula,ovallete dan telor dipukul hingga kembang
2.masukkan pes pandan di ikuti dengan tepung berselang seli dengan santan hingga habis.
3.acuan di sapu minyak dan masukkan kelapa parut putih tadi.Tekan hingga mampat.
4.Sudukan adunan kedalam acuan dan kukus selama 25min.

Monday, August 2, 2010

Talam Tokyo

2 lapis...kalu Talam Sri  Sarawak 3 lapis....sedap....kdg2 mt letak pewrna pinkutk lapisan bawah tu...cantik....
Bahannya: (A) 60gm shoon rendamdgn air suam,toskan dan potong 300gm sagu biji rendam 30min dan toskan 100gm kelapa parut putih 2tsp garam 100ml santan pekat 300ml air

Cara :

Satukan semua bahan diatas dan tuang dlm loyang,Kukus selama 25 minit

Lapisan Atas: (A) 250gm gula kastor 100gm tepung kastard 400ml santan pekat 400ml air dgn daun pandan (B) 4 biji telor 1 penutup pewarna hijau 1/2tsp garam
Cara :
Satukan semua bahandiatas,tapis dan kacau atas api hingga naik wap dan tuang atas lapisan bawah dan Kukus selama 30minit.